Ciri-Ciri Kesempurnaan Islam


 KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM


PENSYARAH MODUL:

SURIA BINTI EMBONG


NAMA AHLI KUMPULAN/

NO PENDAFTARAN:


1. MUHAMMAD AMMAR

BIN MUIDZI @ ABDUL MUIZ 

(TC01SKR22F023)

2. MUHAMMAD HAKEEM MUQRY 

BIN MOHAMMAD SUKRI

(T01SKR22F029)

3. WAN MUHAMMAD FADHLAN 

ZUL IMAN BIN WAN ZULKAFLI

(T01SKR22F028)

4. MUHAMMAD HAFIZ 

BIN ISMAIL

(T01SKR22F035)

5. MUHAMMAD NABIL IRFAN 

BIN MOHD NIZAM

(T01SKR22F025)

 

TAJUK TUGASAN E-FOLIO:

CIRI-CIRI KESEMPURNAAN DALAM ISLAM





Ciri-ciri Kesempurnaan Dalam Islam.

Islam ialah agama yang dibawa oleh sekalian nabi dan rasul bermula Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia tanpa mengira batas sempadan dan warna kulit. Oleh sebab itulah, Islam berbeza dengan agama lain di dunia kerana terdapat pelbagai keistimewaan dalam Islam yang menggambarkan kesempurnaan dalam hidup beragama

Rabbaniyyah 

Ciri-ciri kesempurnaan islam adalah Rabbaniyyah Alamiyyah dan Umumiyyah Kekal Syumul Kemanusiaan Keadilan mutlak. Rabbaniyah merupakan ciri yang pertama yang ada dalam ciri-ciri kesempurnaan islam. Rabbaniyyah membawa maksud perkara-perkara yang datang hanya daripada Allah bukan daripada manusia. Bahkan bukan itu sahaja, setiap hukum dan peraturan yang ada di muka bumi  ini semuanya datang daripada Allah. Seterusnya, prinsip-prinsip syariah dan hukum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman. Undang-undang duniawi mempunyai pelbagai kelemahan kerana undang-undang ini dilakukan oleh manusia yang penuh dengan kelemahan seperti penyelewengan, terpengaruh dengan hawa nafsu dan lain-lain. Selain itu, hukum-hakam Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengan adanya pemerintah mahupun diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi olej jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan. Balasan Duniawi dan Ukhrawi contoh balasan duniawi bersifat kanun jenyah atau kanun sivil seperti undang-undang buatan manusia manakala balasan ukhrawi dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syarak sama ada amalan had amalan anggota zahir yang berkaitan dengan muamalat maliyyah atau jenayah.


Alamiyyah dan Umumiyyah 

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada.  Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

a)       Dharuriyyat  : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta. 

b)       Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya. 

c)       Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan.


Kekal 

Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hokum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hokum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat. 


Syumul 

Antara ciri-ciri kesempurnaan islam ialah menjadi pelengkap dalam kehidupan sama ada peredaran zaman dan bangsa, ini kerana islam mempunyai perundangan iaitu syariat yang menjelaskan berkaitan ibadat, muamalat, munakahat dan sebagainya. Hadith daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud: di antara sempurna islam adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. (H.R Tirmizi & Abu Dawud)


Seterusnya, Islam diturunkan untuk seluruh manusia bukan terhad kepada bangsa arab sahaja, islam juga merupakan rahmat untuk sekalian alam, ini dirakamkan oleh Allah dalam surah al-anbiya' ayat 107 yang bermaksud: dan tidaklah kami mengutus kamu yakni muhammad melainkan menjadi rahmat untuk sekalian alam.


Disamping itu juga, islam mencakupi segala bidang dan aspek iaitu tatacara beribadat, pedoman dan ia dibina atas asas aqidah yang sejahtera. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: pada hari ini kami telah sempurnakan bagimu agamamu dan telahku cukupkan bagimu nikmatku dan aku telah redhai islam menjadi agama bagimu.


Kesimpulannya, Islam itu bersifat syumul dan lengkap. Ini menjadikan ia lebih unggul berbanding sistem-sistem ciptaan manusia.


Kemanusiaan 

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat


 Keadilan mutlak 

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat. 


Ulasan